Ralit Tengok Bola! Isteri Tegur Suami Terhenti Lipat Baju Cetus Tawa Warganet “Tangan Tu Gerak”

Bab nak basuh baju, sidai baju memang laju je… Tapi yang nak melipat tu, alahai susah betul! Kadang, sampai menggunung kain jadinya baru ada kesedaran nak melipat!

Selalunya kalau isteri lipat kain, sambil tengok televisyen agak lambat jadinya kerja melipat tu sebab dok fokus pada cerita. Waktu tu, encik suami kadang bukan main menegur suruh fokus buat kerja. Haaaa untuk situasi kali ni berbalik pula pada si suami!

Menerusi sebuah perkongsian rakaman TikTok, kelihatan seorang suami sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di kaca televisyen yang berlangsung baru-baru ini. Sambil menyaksikan pertempuran dua pasukan tersebut, dia turut sama membantu melipat selonggok pakaian bersih miliknya dan pasangan. Namun, segala kerjanya tergendala gara-gara terlampau fokus dengan siaran di hadapan mata.

Sebaik sahaja sedar tangan pasangannya terhenti daripada membuat kerja, si isteri yang turut berada di ruang tersebut pantas menegur. Akibat terkejut mendengar suara cinta hatinya, lelaki berkenaan terus laju capai sehelai baju dan kembali menyambung tugas yang tergendala sebentar tadi.

Video:

@kaksuchenggini

Abis bola mau siap dua bakul baju…hehe #bola #pialamalaysia2022 #jdt #selangorfc #suamiistri

♬ original sound – diasuhana – diasuhana

Meninjau di ruangan komen, ramai memuji sikap si suami yang rajin bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya lelaki berkenaan seolah-olah sedang dimarahi oleh emaknya gara-gara terleka dengan perkara lain.

 Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*