[VIDEO] Tokti sibuk Muay Thai, tapi gelagat Aafiyah pula raih perhatian ramai

Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya, kehidupan peribadi mahupun anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu.

Jika dahulu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diuji dengan 11 tahun penantian cahaya mata pertama kini penyanyi lagu Cindai itu berbahagia dengan kehadiran buah hati sulungnya Siti Aafiyah.

Rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula.

Tumpuan Tokti kini lebih kearah perniagaan dan kehidup an peribadi memandangkan beliau mempunyai dua orang anak yang sedang membesar.

Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berkenaan yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat. Menerusi laman instagram, Tokti berkongsi video gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Terbaru menerusi perkongsian di laman instagram, Tokti memuat naik satu video yang memaparkan dirinya bersama seorang individu melakukan latihan Muay Thai.

Apa yang mencvri tumpuan ialah momen ketika Aafiyah lengkap memakai gincu secara tiba-tiba masuk ke dalam video tersebut, sambil memegang sebuah telefon pintar.

“Bila ibu sibuk nak MuayThai , Aafiyah sibuk nak join sama.. inilah hasilnya ye. MuayThai VS Makeup tutorial ghituu..,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14.1 k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Aafiyah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: instagram ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*