Sari Yanti Kongsi Foto Terkini 5 Anak & Titip Doa, Wargamaya Luah Rasa Terharu

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan isteri kesayangan kepada Jep Sep iaitu Sari Yanti yang kekal cantik persis anak dara.

Sari Yanti atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari telah berkongsi foto lima ananya hingga menarik ramai peminat di media sosial.

Sari Yanti memuatnaik foto berkenaan berserta kapsyen yang mendoakan anak-anak menjadi insan yang membawa kebaikkan kepada masyarakat. Dalam pada itu, dia juga menitipkan doa buat peminatnya yang belum dikurniakan zvriat.

Robbi habli minassholihin 

Semoga Barr Al Aliy , Baasit Al Haq , Dariya Inara , Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua. ♥️

Semoga kita semua Allah swt rahm4ti, dalam redha dan kasih sayangNya selalu .

Semoga yang belum punya zvriat dikurniakan zvriat yang soleh satu hari nanti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)


Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr bin Mohd. Nadzri.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan perasaan syukur dengan titip doa pelakon itu. Ucapannya itu membuatkan peminatnya terharu dan berharap dianugerahkan cahayamata sebagaimana Sari Yanti dan Jep.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*