[VIDEO] Figura Terkini Eriyca Baiduri Hamil 3 Bulan Cvri Perhatian, ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan

Penampilan terkini usahawan yang kini sedang hamil tiga bulan, Eriyca Baiduri mencvri perhatian wargamaya apabila figuranya itu yang dirakam secara kandid telah dikongsikan di platform TikTok, pada Selasa.

Menerusi akaun Tik Tok tersebut, ia merakamkan Eriyca yang sinonim disapa sebagai Madammu sedang bercakap dengan seseorang sebelum berpaling ke arah lensa yang merakamkan dirinya.

“Wah comelnya Madammu,” tulis kapsyen pada akaun perniagaannya, Noir Health & Beauty itu.

Menerima hampir 700,000 kali tontonan, ruangan komen pada klip video terbabit dibanjiri dengan ucapan tahniah serta ada di antara pengguna Tik Tok yang saling berkongsikan pengalaman.

@noirhealthbeauty

Wah comelnya Madammu 😍😍#DiariMadammu #fyp #noir #skincare #madammunoir #ladynoirofmalaysia

♬ 10 Things I Hate About You – Leah Kate

Terdahulu, pasangan ini akhirnya dimakbulkan doa bakal dikurniakan cahaya mata sulung bersama selepas tujuh tahun penantian.

Bukan satu rahsia lagi, usahawan jelita itu juga sebelum ini secara terbuka berkongsi perjalanannya melakukan in vitro fertilization (IVF) di media sosial miliknya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*