[VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’

Pasangan selebriti popular iaitu Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatian orang ramai dengan gelagat ‘sweet’ mereka sebagai suami isteri.

Lentok kepala di paha

Terbaharu, menerusi video di TikTok, Haris dan Neelofa hadir ke majlis pelancaran Innai Nunha, baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, Haris mengadakan sesi berbual santai dengan tetamu yang hadir. Antara topik yang dibincangkan mengenai sifat dermawan ayahnya, Datuk Seri Ismail.

Bagaimanapun, apa yang menuai perhatian adalah Neelofa yang manis bersimpuh sambil melentok kepala di paha Haris atau dikenali sebagai PU Riz.

Video:

@seorangnur

Bercinta sampai syurga ❤️ Moga Allah jaga kalian berdua 🥰 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ original sound – Fadhilah Intan ✨ – Fadhilah Intan

Semestinya, tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengundang pelbagai komen daripada warganet. Ada yang menyifatkan Neelofa dan Haris saling melengkapi antara satu sama lain.

Selain itu, peminat juga beranggapan bekas hos MeleTOP seorang wanita dan isteri yang bersifat manja.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*