[VIDEO] Ramai Makan Hati Peminat Cilik Dapat Kasut Bola Safawi Rashid! – “Rezeki Budak Dua Ketul Ni..”

Kehebatan bintang bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim Safawi Rashid beraksi di atas padang sudah tidak boleh disangkal lagi.

Malah, anak kelahiran Terengganu itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada 2019.

Sehingga kini, namanya terus menjadi perhatian dalam kalangan peminat bola sepak.

Terbaharu, nama Safawi sekali lagi mencvri tumpuan selepas tular sebuah video memperlihatkan dia menyerahkan sepasang kasutnya kepada penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia menentang Kemboja pada Jumaat.

Menerusi muat naik di Instagram Sinar_my, Safawi yang baharu selesai perlawanan, dia dilihat menuju ke arah penyokong untuk mengucapkan terima kasih.

Saat Safawi sampai di hadapan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, beberapa daripada penyokong tersebut meminta dia untuk menyerahkan jersey yang disarung, bagaimanapun Safawi enggan.

Namun, untuk tidak membuat penyokong tersebut berasa kecewa, Safawi dengan spontan telah menanggalkan kasutnya sebelum bertindak membaling ke arah penyokong sebagai ganti kepada jerseynya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Menariknya, penyokong yang bertuah menerima kasut bintang bola sepak itu ialah dua orang kanak-kanak lelaki.

Melihat kepada reaksi kanak-kanak berkenaan, mereka sangat gembira apabila menjadi orang yang bertuah menerima kasut tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa cemburu dengan kanak-kanak itu selain tumpang gembira kepada mereka.

Terdahulu perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat menyaksikan pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Kemboja dengan keputusan penuh empat gol berbalas kosong.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*