Janna Nick Akhirnya Ulas Khabar Angin Putus Cinta; “Kalau Nak Katakan Gimik, Maknanya Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya.”

Pelakon dan penyanyi Janna Nick akhirnya tampil mengulas susulan khabar angin yang mend4kwa hubungan cinta yang terjalin bersama pelakon Dini Schatzmann sudah berakhir.

Tidak mahu mengiya atau menafikan, Janna bagaimanapun mengakui single Mentari Setia ciptaan bersama Ippo Hafiz merupakan lu4han hati yang sedang dialaminya ketika ini.

“Hampir sebulan saya menyepikan diri, saya nak tenangkan diri. Nak ruang dan masa untuk diri sendiri.

“Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment.’ Dengarlah lagu yang saya keluarkan, itulah lu4han hati saya. Muzik video itu adalah cerita yang sebenar,” katanya.

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu berkata demikian menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Ahad lalu.

Ditanya sama ada dia menggunakan publisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu Mentari Setia, hos Famili Duo ini mengakui dia menitiskan air m4ta kerana single berkenaan.

@melodiberapi

Penyanyi Janna Nick dikatakan putus cinta dengan buah hatinnya Dinie bukan gimik bagi mempromosikan single terbaru yang berjudul Mentari Senja.. tak pe la Janna.. jangan sedih lama2 okey.. min tak suka janna sedih lama2 🥹🥹 #meloditv3 #jannanick #fupシ #fupage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #sensasi #kontroversi #panas #dini #moveon

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Kalau saya sebagai penyanyi, mungkin betul, ia sebagai gimik. Tapi lagu ini 98 peratus tulisan saya, saya memang men4ngis ketika saya menulis lagu itu.

“Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terlvka, sedih, kecewa… Itu adalah lu4han hati saya.

“Kalau orang nak katakan gimik, maknanya orang tak ‘validate’ perasaan saya. Saya berhak untuk kecewa dan sedih,” katanya lagi.

Menerusi temu bual sama, Janna turut menjelaskan dia sudah lama tidak mengikuti akaun Instagram Dini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*