Rare habis! Wanita bersanding pakai gaun Lolita, order dari China je! Suami peminat anime pun sporting

Unik, berani dan rare!

Jika kebanyakan pengantin perempuan lebih gemar menggayakan busana songket atau dres potongan Inggeris di hari bahagia mereka, namun berlainan pula halnya dengan wanita ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Chibibie, wanita ini tampil berbeza apabila mengenakan sepasang gaun Lolita yang sarat bercorak dan perincian seperti manik serta renda.

Lolita adalah salah satu fesyen yang popular dari Jepun namun masih tidak begitu familiar di negara ini.

Meskipun mungkin ada segelintir pihak yang berasa busana pengantin Chibibie agak aneh, namun perkara tersebut bukan menjadi isu buat wanita berusia pertengahan 20an ini.

Berkongsi cerita dengan mStar, Chibibie berkata gaun Lolita tersebut bukanlah ditempah khas untuk majlis resepsi, sebaliknya outfit tersebut pada asalnya dibeli secara dalam talian untuk dijadikan koleksi peribadi.

“Pada asalnya saya dan suami rancang tak mahu buat majlis resepsi, hanya nikah dan majlis doa selamat.

“Kemudian keluarga kami kata buatlah, kecil-kecilan pun tak apa. Jadi memang tak prepare pun baju sanding.

lolita 1

Chibibie memilih fesyen kebarung ketika majlis pernikahan.

“Nak dijadikan cerita, kebetulan gaun Lolita yang saya order secara dalam talian dari China, sampai.

“Suami dan keluarga kami pun okay, mereka kata baju tu cantik. Saya cuma tambah serba sedikit detailing pada gaun tu agar lebih berseri.

“Walaupun plan majlis resepsi ni hanya dalam masa tiga minggu saja, Alhamdulillah semua dipermudahkan,” ujarnya yang bekerja sebagai pegawai kendali penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bercerita serba sedikit mengenai bagaimana boleh terjebak dengan fesyen Lolita, Chibibie berkata dia j4tuh cinta dengan fesyen dari Jepun itu kerana banyak menonton siri anime ketika di bangku sekolah menengah.

“Saya mula berpakaian Lolita pada 2017. Walaupun dari Jepun, tapi ia tak sama dengan cosplay. Lolita ni ciri-cirinya adalah skirt kembang, dan gaun comel-comel.

“Manakala cosplay pula outfitnya adalah mengikut watak dalam anime,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ditanya mengenai penerimaan suami dan keluarganya, wanita ini berkata perkara itu tidak menjadi isu malah mereka menyokong minatnya yang gemar berfesyen.

“Suami saya sendiri adalah peminat anime jadi kami saling menyokong minat masing-masing.

“Hantaran kami berdua pun antaranya terdiri dari Gundam, Naruto, Nintendo Switch.

“Walaupun pada asalnya tak plan pun nak pakai fesyen Lolita untuk majlis kahwin, tapi saya anggap ia sebagai salah satu impian yang terlaksana,” ujarnya yang pernah merangkul gelaran Miss Lolita dalam pertandingan ‘Miss Lolita Contest’ sempena Japan Art Culture and Entertainment di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, baru-baru ini.

hantaran

Hantaran pasangan ini juga lain daripada yang lain.

Sekadar memuat naik video majlis resepsi yang berlangsung 3 Disember lalu di aplikasi TikTok, Chibibie tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular.

“Alhamdulillah ramai komen positif, mereka kata tiada salahnya buat pilihan yang menggembirakan diri sendiri.

“Lagipun, cantik ni subjektif bagi setiap orang.Tak perlu bimbang untuk buat apa yang kita suka, as long as benda tu menjadi kenangan.

“Pakai saja apa yang buat kita happy, asalkan tak mudaratkan orang lain, sesuai dengan imej muslimah.

“Ada juga kata perkongsian ini secara tak langsung memberi inspirasi kepada mereka untuk turut sama cuba menggayakan fesyen kesukaan,” akhirinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*