Paling Banyak Dicari Di Google Sepanjang 2022, Nama Anna Jobling Sebaris Dengan Ahli Politik Terkenal!

Pelakon Anna Jobling mengakui terkejut melihat namanya tersenarai dalam 10 personaliti yang paling banyak dicari menerusi enjin pencarian Google baru-baru ini.

Anna berkata, dia yakin namanya terpampang dalam senarai itu berikutan kerjaya lakonannya yang semakin meroket selepas drama Melur Untuk Firdaus tular dalam dan luar negara.

“Jujurnya saya terkejut apabila tersenarai dalam antara 10 personaliti yang paling banyak dicari menerusi Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022.

“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier lakonan saya. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, juga sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara,” katanya kepada Gempak.

Anna menambah, tersenarainya nama sebagai antara 10 individu paling dicari di Google membuatkan dia lebih merendah diri.

“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya.

“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.

“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya. InshaAllah untuk tahun 2023 ini saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang, Indonesia,” katanya lagi.

Untuk rekod, nama Anna tersenarai pada tangga ketujuh beberapa nama lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zalina Azman, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*