[VIDEO] ‘Kenapa Orang Tak Suka Auntie?’ – Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio Shuib menafikan dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah, dalam masa terdekat.

Risau keluarga kecil hati

Ketika ditemui OhBulan!, Shuib memohon agar orang ramai tidak menyebarkan berita yang belum sahih lagi. Katanya, perkara itu tidak manis didengari selain enggan dituduh membelakangkan keluarga.

Saya tidak suka benda-benda yang saya tak cakap, tapi keluar. Saya t4kut nanti keluarga terasa saya membelakangkan mereka.

Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk diri sendiri dan akan sentiasa berdoa semoga Tuhan mudahkan jalan serta hadirkan orang-orang yang baik.

Shuib berkata demikian ketika majlis sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY3) yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur, pada Selasa.

Selain Shuib, barisan juri TMSYM3 yang turut hadir adalah Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Emma Maembong dan Atu Zero manakala Zul Ariffin pula sedang berada di Tanah Suci Mekah.

Tak akan sorok

Tegas pelawak berumur 38 tahun, dia tidak akan merahsiakan sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu yang tepat.

Saya tidak akan sorok (pernikahan). Kalau bab kahwin, banyak yang tanya saya adalah kawan-kawan. Tentang jodoh, saya berserah pada Allah SWT.

Cuma kalau benda tak betul saya kena tegur. Ada d4kwaan kata saya dah tempah katering, baju perkahwinan dan sebagainya. Tapi tak ada pun.

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad mended4hkan pernah diajukan soalan dengan anak-anak yang ‘pelik’ kenapa ada segelintir pihak yang tidak suka dengan Watie.

@ohbulanofficial

Penjelasan daripada Shuib sendiri. Tak baik korang speku tau. #ohbulan #fyp #viral #trending #sembangentertainment #shuib #shuibsepahtu #watie

♬ original sound – Ohbulan – Ohbulan

Kenapa orang tak suka Auntie (Watie Hanifiah)? Apa salah dia?

Anak-anak sudah lama tahu hubungan kami tapi mereka hanya diam. Apabila perkara itu diketahui umum, anak-anak mula mengusik saya.

Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin bagaimanapun penyanyi itu men1ngg4l dvnia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya dalam keadaan dij4ngk1ti v1rus C0vldl9.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun lima bulan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*