Dari bandar ke pedalaman! Guru terkejut ‘mi goreng 4 pagi’ buat murid bersorak, anak petani hadiahkan timun segar

DEMI kerjaya dan tugas sebagai pendidik, seorang anak sanggup berjauhan dengan ibunya.

Begitulah situasi yang dialami Nor Hasnina Hatta selepas dia ditawarkan untuk berkhidmat di sebuah kawasan pedalaman Sarawak awal Mac lalu.

Sebagai anak sulung, semestinya dia berasa berat hati untuk meninggalkan ibu yang sudah tua menjalani kehidupan sendirian di kampung halaman di Kulim, Kedah.

Mengakui pernah men4ngis kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) ini berkata, pada awalnya dia enggan menerima tawaran tersebut.

Malah, dia merupakan satu-satunya guru perempuan yang dihantar berkhidmat di salah sebuah sekolah di daerah Bintulu itu.

“Ayah dah lama men1ngg4l dvnia dan tinggal ibu seorang diri saja di rumah sebab adik pun belajar jauh.

Antara hadiah yang diterima Hasnina.

Antara hadiah yang diterima Hasnina.

“Tapi sebab tanggungjawab sebagai pendidik, saya reda dengan tawaran… ini juga posting pertama saya selepas tamat belajar,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun selepas 10 bulan berkhidmat dan bersama murid-murid pedalaman di daerah berkenaan, Hasnina mengakui dia semakin gembira.

Tambahan pula sambutan dan penerimaan masyarakat setempat sangat baik meskipun berasa sukar kerana tiada kedai makan Muslim yang boleh dilawati.

Mana tidaknya, semasa sambutan hari lahirnya yang ke-24 baru-baru ini, anak muridnya memberikan pelbagai jenis hadiah.

Mengimbau kembali kenangan tersebut, ujarnya, dia ada memaklumkan ingin membuat jamuan makan sempena sambutan hari lahir.

“Iyalah, pertama kali berjauhan dengan keluarga, jadi saya berhasrat untuk membuat sambutan hari lahir dengan murid-murid sahaja dan minta mereka tidak membawa bekal.

“Jadi saya buat mi goreng sendiri dan bangun seawal pukul 4 pagi untuk memasak sebab sekolah tak ada kantin… lagipun di sini majoriti bukan Muslim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya cakap kepada murid nak buat makan-makan sempena hari lahir saya. Kemudian mereka tanya kena bawa apa-apa ke sebab hari jadi, tapi saya cakap terpulang kepada mereka,” katanya.

Bercerita lanjut, Hasnina berkata dia tidak menyangka murid-muridnya akan bersorak gembira selepas melihat dia membawa mi goreng ke kelas.

Malah, hadiah turut diberikan kepadanya sebelum jamuan makan bermula.

Menurutnya, paling menarik adalah hadiah timun yang diberikan salah seorang murid dikenali sebagai Noren.

Hasnina bersama murid-muridnya semasa sambutan hari lahir.

Hasnina bersama murid-muridnya semasa sambutan hari lahir.

“Kebanyakannya bagi lukisan selamat hari lahir yang dibalut guna kertas. Ada yang bagi keropok dan paling rare adalah limau kecil dan timun.

“Saya bertanya kepada Noren kenapa bagi timun dan dia cakap dah dapat izin keluarga untuk ambil hasil kebun sebagai hadiah kepada saya,” tambahnya sambil berkata, kebanyakan penduduk setempat adalah petani.

Dalam pada itu, Hasnina turut melu4hkan rasa terkilan kerana dia tidak ditawarkan subjek dalam bidang yang dipelajari.

Menurutnya, berdasarkan pengajian dia sepatutnya mengajar pelajar sekolah menengah sama ada dalam bidang sains mahupun biologi atau kimia.

Ibu dan adiknya turut hadir semasa majlis graduasi.

Ibu dan adiknya turut hadir semasa majlis graduasi.

Namun, kini dia bukan sahaja perlu mengajar murid sekolah rendah malah subjek yang diajar juga bukan dalam bidang pengajiannya.

“Rasa terkilan sikit sebab belajar empat tahun penat-penat untuk degree sekolah menengah, tiba-tiba kena posting dekat sekolah rendah.

“Mungkin rezeki di sini, jadi saya belajar untuk terima kenyataan walaupun degree saya major dalam biologi manakala minor kimia.

“Perkara ni yang buat saya rasa sedih tapi sekarang dah jatuh hati dengan mereka ketika mengajar,” ujarnya gembira.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*