32 Tahun Tinggal Di Sewa Rumah, Rupanya Ini Sebab Pelakon Veteran Zulkifli Ismail Buat Begitu

Memiliki rumah idaman sebagai tempat tinggal untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup. Rumahku syurgaku. Begitulah impian setiap orang.

Namun tidak semua mampu memiliki rumah idaman lantaran syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pemaju.

Begitulah yang dihadapi oleh pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang terpaksa memilih untuk menyewa rumah.

Menerusi muat naik di instagram miliknya pelakon veteran ini mended4hkan bahawa rumah yang didiami itu sebenarnya adalah rumah sewa.

Katanya rumah sewanya itu meninggalkan banyak kenangan buat dirinya yang telah mendudukinya sejak masih belum berkahwin.

Hampir 32 tahun, menduduki rumah itu sehingga anaknya berkahwin, kini dia mengambil keputusan untuk berpindah dari kediaman itu.

32 tahun saya menyewa rumah ini. 32 tahun saya tinggal di sini, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas.

Sejak masih bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini.

Hari ini saya akan berangkat meninggalkannya. Salam pamitan buat rumah yang banyak berjasa ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)


RUPANYA INI SEBAB TAK BELI RUMAH

Rupanya pelakon veteran ini sebenarnya bukan suka-suka memilih untuk menyewa rumah dalam tempoh yang salam.

Menerusi komen kelihatan ada peminatnya mempersoalkan tempoh yang lama menyewa rumah. Tanpa berselidung, pelakon yang berusia 59 tahun itu menjelaskan bahawa tidak layak membuat permohonan pembelian rumah disebabkan kerjaya sebagai pelakon.

WARGAMAYA UCAP TAHNIAH BERPINDAH DI RUMAH BARU

Meninjau di ruangan komen rata-rata yang mengenali pelakon yang terkenal menerusi drama  Gerak Khas sebagai ASP Razlanini ini meluahkan rasa kehilangannya.

Bahkan ada yang menyebut akan merindui kelibatnya bersama anak di surau berdekatan dengan rumah sewanya. Tidak lupa juga, ada mengucapkan tahniah berpindah ke rumah baru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*