HUBUNGAN baik antara kawan lelaki kebiasaannya lebih erat berbanding perempuan.
Adakalanya nilai persahabatan yang terbina melebihi seorang kawan, sebaliknya seperti adik beradik.
Begitulah yang dirasai Muhammad Ikhwan Hakim, 23, apabila menceritakan mengenai, Fazzatkie, 23, yang sudah menjadi rakan karibnya sejak kecil dan kini sudah bergelar suami.
“Saya dan Izzat (panggilan Fazzatkie) memang tak pernah berpisah sejak berkawan. Dari sekolah rendah sampailah tamat pengajian.
“Kebetulan kami dua-dua mempunyai minat sama iaitu sukan Muay Thai. Dari kecil lagi kami sanggup bersama-sama jalan kaki pergi tempat training untuk belajar tinju.
“Lepas habis belajar dulu kami tinggalkan kampung di Kemaman, Terengganu dan terus merantau ke Kelantan. Di sana kami tinggal bersama keluarga angkat. Kami sanggup tinggalkan keluarga untuk cari ilmu,” katanya ketika dihubungi mStar.
Walaupun bersahabat baik, dia yang mesra disapa Wan mengakui mereka berdua ada ketikanya turut berselisih faham seperti orang lain.
Namun, jelas Wan yang menjadikan sukan Muay Thai sebagai kerjaya sepenuh masa, Izzat sentiasa memberi sokongan tak berbelah bahagi terhadap kariernya.
“Kami sememangnya rapat tapi t1pulah kalau cakap tak pernah g4duh. Tapi setiap kali g4duh walau sebesar mana sekali pun, tak pernahlah lebih satu hari. Kami sama-sama akan mengalah dan tegur satu sama lain.
“Setiap kali saya ada pertandingan atau fight (perlawanan) mesti Izzat datang walaupun dia ada urusan lain lebih penting. Sampaikan semua orang ingat kami berdua ni adik-beradik betul.
“Kalau ada orang lain cerita pasal keburukan saya dekat Izzat, dia tetap pilih untuk lebih percayakan saya berbanding orang lain,” imbas Wan.
Menurut Wan yang sudah bersahabat dengan Izzat sejak usia mereka tujuh tahun, perkahwinan pemuda itu merupakan saat-saat yang paling ditunggu olehnya.
Anak jati Terengganu ini menceritakan semula kisah di sebalik t4ngisannya ketika memelvk Izzat yang bergelar raja sehari di pelamin pada Ahad.
“Saya tak pernah terfikir akan men4ngis masa majlis perkahwinan tu. Ada satu aura, perasaan sedih tu datang tiba-tiba sampai saya men4ngis macam dalam video tu.
Wan dan Izzat bersahabat sejak usia mereka tujuh tahun sehingga kini.
“Isteri Izzat pun sampai usap kepala saya masa men4ngis tu. Mungkin dia sedih tengok saya men4ngis sebab itulah dia buat macam tu. Kami pun memang rapat sampaikan saya anggap dia macam kakak sendiri.
“Saya bangga sangat dengan Izzat. Saya nak dia jadi orang paling berjaya dunia dan akh1rat. Air m4ta tu sebenarnya tanda sayalah orang paling happy tengok kehidupan dia sekarang,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Video dikongsikan Wan meraih lebih 800,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.
Rata-rata netizen turut menjelaskan bahawa mereka seolah-olah dapat merasakan bagaimana akrabnya dua sahabat ini.
Air mata Wan mengiringi hari bahagia sahabat baiknya.
Wan juga menitipkan ucapan ‘Selamat Pengantin Baharu’ buat sahabatnya dan berharap hubungan persahabatan yang terjalin akan kekal walau dia telah berumahtangga.
“Dialah kawan, dialah sahabat dan dia jugalah adik-beradik yang sentiasa ada dengan saya.
“Saya nak buat pesanan untuk Izzat, kalau suatu hari nanti kita bukan lagi satu pasukan, saya nak dia ingat yang kami pernah menjadi satu keluarga,” kata Wan lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply