Anita Baharom Selamat Bernikah, Pilih Duda Anak 8 Sebagai Suami

Pelakon Anita Baharom selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya kira-kira 11:40 pagi tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.

Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.

Majlis akad nikah yang manis dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.

Terdahulu, satu sesi khatam Al-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAJJAH (@awinseindahwajah)


Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Bagaimanpun, Ismadi dilaporkan men1ngg4l dvnia pada 1 Januari 2022 ak1bat peny4kit kenc1ng manis.

Manakala, ini merupakan perkahwinan kelima bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan kesemua bekas isterinya. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*