Perasaan cinta berkekalan antara suami dan isteri merupakan salah satu anugerah bagi mereka yang ikhlas mendirikan rumah tangga dari awal.
Kerana cinta, baik suami mahupun isteri sanggup menolak kepentingan diri sendiri ke tepi dan mengutamaka keperluan pasangan terlebih dahulu. Kata orang, itu adalah salah satu cara untuk memanifestasikan rasa cinta kepada pasangan halal kita.
Apatah lagi apabila pasangan kita mungkin sudah tidak sekuat dahulu, ketika di usia mudanya. Kehidupan seharian perlu bergantung kepada bantuan orang lain. Maka saat itu, kekuatan cinta antara suami dan isteri semakin teruji. Hanya yang benar-benar berpegang pada cinta sejatinya sahaja sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang.
Fetrah Bt Abu Samah yang berkongsi pengalamannya ketika menunaikan umrah sebelum ini mendedahkan dia pernah melihat situasi dipercayai antara suami dan isteri yang sangat menyentuh hati di Kota Mekah.
Katika berada di hadapan Maqam Ibrahim, Fetrah melihat sepasang suami isteri sedang berada di hadapan Kaabah, dan si isteri sedang menunaikan solat.
Apa yang menjadikannya sebagai satu momen yang luar biasa apabila si suami sanggup berkorban, menjadikan dirinya sebagai kerusi untuk isterinya yang sukar untuk solat secara berdiri.
Untuk makluman, si isteri berkemungkinan mengalami sakit kaki yang menyebabkan dirinya tidak dapat bersolat seperti biasa. Mungkin, ketika itu tiada kerusi roda hingga membuatkan si suami mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sendiri sebagai tempat duduk si isteri untuk beribadah.
Berdasarkan tulisan Fetrah di Facebook, si isteri mungkin cuba untuk melaksanakan tawaf sebanyak tujuh kali sedaya upayanya, tanpa menggunakan kerusi roda.
“Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.”
Justeru, pengguna Facebook tersebut merasakan suasana tersebut amat indah dan mengharukan serta mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke Syurga.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.”
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan untuk dipanjangkan umur buat pasangan ini. Tidak lupa juga, ada yang terharu dengan tindakan si suami pada isterinya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply