“Doakan Cik Ani”… Chef Wan tak boleh lelap mata bimbang ibu ‘pergi’ dalam tidur

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi perkembangan terkini kesihatan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau Cik Ani yang sedang s4kit tenat di sebuah hospital.

Chef Wan, 64, memberitahu dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak mampu melelapkan mata kerana bimbang ibunya pergi ketika sedang tidur.

“Sepanjang malam saya sukar untuk tidur kerana sentiasa memeriksa keadaan ibu kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi.

WhatsApp Image 2023-01-04 at 2.59.39 PM

Cik Ani dilaporkan sudah tidak dapat beri tindak balas.

“Saya sangat t4kut untuk tidur sekiranya dia akan meninggalkan saya dalam tidurnya. Ketakutan itu sentiasa ada,” katanya.

Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan doktor yang merawat memberitahu bahawa keadaan Cik Ani tidak lagi memberikan tindak balas positif.

Justeru itu, Chef Wan berusaha memberikan keselesaan sehabis baik buat Cik Ani sebelum hari-hari terakhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


“Dr Nick daripada unit penjagaan paliatif datang berjumpa saya dan memberitahu ibu sudah tidak mempunyai tindak balas.

“Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan bilik suite dan kami akan memberikan keselesaan buat ibu untuk perjalanan terakhirnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia enggan menempatkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu dia pergi dengan tenang.

“Saya tidak akan memasukkannya ke ICU jika dibenarkan doktor kerana saya mahu dia pergi dengan aman apabila sudah tiba masanya lagi,” katanya.

chef2 - 1

Chef Wan tabah menjaga ibunya yang sedang sakit.

Terdahulu, Chef Wan memaklumkan keadaan kesihatan CIk Ani semakin merosot sejak kebelakangan ini termasuk tidak mampu menyuap makanan sendiri.

Chef Wan bagaimanapun tabah menjaga ibunya yang semakin uzvr disebabkan beberapa peny4kit termasuk Alzheimer, dementia dan k4nser.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*