G4dis tak dapat teruskan kegil4an makan ramen pedas, minum Redbull setiap hari… doktor ‘ganti’ dengan berjenis ubat!

KESIHATAN tubuh amat berkait rapat dengan diet dan amalan pemakanan.

Segala apa yang dimakan akan memberikan kesan kepada sistem pencernaan.

Begitulah satu pengajaran yang perlu diterima seorang wanita apabila dia dimasukkan ke hospital kerana komplikasi peny4kit.

Menerusi satu video TikTok yang dikongsinya, Fatin Nursyauqina menceritakan bagaimana dia sangat menggemari kombinasi mi segera ramen yang pedas melampau dan air berkarbonat RedBull.

Mi segera ramen yang merupakan makanan dari Korea Selatan ini menjadi kegilaan mereka yang mahu menjamu selera sambil bergenangan air m4ta.

Santapan ramen yang berkalori tinggi dan minuman tepu gula telah menjadi makanan ruji untuk Fatin siang dan malam.

“Aku ni obses gil4 dengan Ramen. Kalau boleh hari-hari nak makan Ramen,” kata Fatin.

Dalam video itu dapat dilihat Fatin mempunyai stok bekalan mi segera ramen yang sangat banyak.

Waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dia menjadikan mi segera ramen sebagai menu utama.

‘Peneman’ kepada juadah mi segera ini pula ialah air berkarbonat RedBull yang diminum oleh Fatin dalam kuantiti berlebihan seolah-olah ia adalah air kosong.

Pemakanan tidak sihat Fatin hanya mengundang bahana di kemudian hari.

“Aku obses dengan RedBull juga. Kadang-kadang tukar dengan air Coca – Cola.

“Ataupun jus oren Twister. Air ini aku akan minum sambil makan ramen

“Dah macam tak ada makanan lain. Kalau tak ada ramen, gantikan dengan Maggi.

“Asalkan pedas mesti aku makan,” ujar Fatin dalam video itu.

Corak pemakanan tidak sihat itu akhirnya membawa kesan yang buruk kepada Fatin apabila dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana j4tuh s4kit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Di ruangan komen, Fatin memaklumkan yang dia didiagnos dengan ap3ndiks dan perlu melalui pembed4han kecil.

Paparan foto pada video menunjukkan Fatin terpaksa melalui ujian tekanan d4rah dan juga sampel d4rahnya diambil.

Selain itu Fatin juga diberikan ‘timbunan’ ubat-ubatan yang perlu diambilnya.

“Kan dah mendapat, suka-suka je ambil d4rah aku.

Ubat-ubatan yang harus diambil oleh Fatin.

“Kalau boleh banyak lagi ubat yang doktor nak bagi aku ni.

“Hari-hari kena telan. Macam gula-gula tapi hakikatnya bukan. Lagi dan lagi semuanya ubat.

“Makanan sekarang bertukar daripada ramen menjadi bubur dan Milo. Kesimpulannya kurangkan makan benda-benda yang tak elok,” kata Fatin mengakhiri bicara.

Ramen menjadi makanan ruji untuk Fatin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menjadikan kisah Fatin itu sebagai pengajaran kepada yang lain.

“Nak makan Maggi atau ramen boleh je tapi sebulan sekali la. Kalau hari-hari makan macam tu memang mendapat la.

“Aku pun suka makan ramen tapi tak boleh makan setiap hari. Sebulan tu ada la dua atau tiga kali kot.

“Macam mana la boleh minum RedBull macam tu je, manis gil4 kot,” demikian komen sebilangan warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*