Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @adilamalek, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berjalan-jalan bersama keluarganya, difahamkan di LEGOLAND Malaysia.
Namun apa yang mencvri perhatian gelagat kanak-kanak tersebut yang mer4juk, kerana tidak didukung oleh bapanya. Sebagai tanda protes, dia kemudian dilihat berbaring di tengah jalan, sambil diperhatikan oleh orang ramai yang berkunjung di taman tema tersebut.
“Anak nombor 2 memang mcm ni ke?,” tulis @adilamalek di ruangan kapsyen video.
Video:
@adilamalek Anak nombor 2 memang mcm ni ke? 🥹 #fypシ #fyp #fypシ゚viral #CapCut #viral
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.8 juta tontonan, 217.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok adilamalek
Leave a Reply