‘Semoga mereka tak lengahkan urusan pembayaran’ – Balu Abam Bocey

“Semoga pihak sebelah sana ( Ali Puteh) tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang sudah ditetapkan.

“Ia bagi membolehkan saya dan Hamzah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini, Amin,” kata balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30.

Hidayah berkata demikian menerusi hantaran di Instagram berhubung keputusan rayuan sam4n fitn4h yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember lalu.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keputusan rayuan sam4n fitn4h mahkamah sudah diputuskan dan berpihak kepada saya,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dia dan anaknya Hamzah.

Rata-rata pengikutnya di media sosial juga gembira dengan perkongsian Norhidayah itu serta turut mendoakan kebahagiaannya dan Hamzah.

Seorang pengikutnya pula mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Hidayah dan Hamzah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @abam_bocik


Harian Metro sebelum ini melaporkan mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitn4h, dua tahun lalu.

Mahkamah turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan sam4nnya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Norhidayah.

Sam4n itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan sam4nnya, turut ditolak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hmetro.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*