Pelakon, Rita Rudaini, antara selebriti yang menunjukkan sokongan penuh terhadap Puteri Sarah Liyana susulan kem3lut rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof yang menjadi bualan ramai sejak Jumaat.
Pernah alami pengalaman serupa
Berikutan kenyataan Puteri Sarah yang mengatakan perbincangan mahkamah akan tetap diteruskan, Rita menegaskan bahawa proses untuk membela diri dan menuntut hak buat anak-anak akan dipenuhi dengan cab3ran.
Lepas ni episod mahkamah lagi per1t, akan ada campur tangan dan tukang mengajar pelik-pelik. Lepas itu, netizen yang tak tahu pasal hukum hakam ni pula akan salahkan pihak perempuan.
Malah, Rita sempat mengimbau ‘kenangan’ silam sewaktu dirinya mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan Puteri Sarah dan meminta agar menantu kepada penerbit terkenal Yusof Haslam untuk mempersiapkan diri sepenuhnya.
Aku dah lalui. Pasal roti Gardenia pun akan jadi isu nanti kat mahkamah. Duit berlambak, berkepok tapi kalau hati dah hitam, soal agama pun dia but4.
Puji keluarga mertua Puteri Sarah
Bukan itu saja, Rita juga mengatakan bahawa isu tuntutan nafkah anak-anak akan dibangkitkan di dalam mahkamah menjadikan proses perbicaraan k3s tersebut berlarutan sehingga mendapat keputusan akhir.
Sementara itu, Rita turut memuji tindakan keluarga Syamsul yang berpihak kepada Puteri Sarah dan tidak memberikan sokongan langsung terhadap tindakan pengarah filem Mat Kilau itu.
Inilah contoh keluarga mertua yang ada didikan yang baik. Hati yang baik. Tidak menyokong benda yang salah walaupun daripada anak kesayangan sendiri. Salah tetap salah. Keluarga yang ada ‘class’ tersendiri.
Sebelum ini, Syamsul Yusof telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah menikah dengan Ira Kazar pada Jumaat di Thailand yang berwalikan bapa kepada Ira sendiri.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply