Rasa Bersalah Ibu & Ibu Mentua Bergilir Jaga Anak-Anak, Puteri Sarah Cari Pembantu Rumah Baharu

Pelakon Puteri Sarah Liyana mended4hkan yang dia kini sedang mencari pembantu rumah yang baharu kerana pembantu rumah sedia ada telah melarikan diri.

Menerusi kemas kini di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, buat masa ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah dan secara tidak langsung menyukarkannya untuk keluar pergi bekerja.

“Saya mencari pembantu rumah asal Filipina sebab pembantu saya lari. Dah lama tinggal satu pembantu sahaja. Sekarang tiada pembantu langsung.

“Ada sesiapa mempunyai contact untuk pembantu Filipina? Saya shooting dengan tiada orang jaga anak-anak lagi. Puteri Sarah ada dua pembantu?” tulisnya.

Tidak berapa lama kemudian, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memuat naik satu lagi status, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi berkongsi nombor agensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pembantu rumah.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong kongsi nombor ejen bagi pembantu rumah. Saya dah hubungi beberapa. Memang tiada siapa nak tengokkan anak-anak sekarang.

“Saya pula shooting. Kesian dekat mak saya yang nak kena jaga anak-anak. Kadang-kadang bergilir dengan mak mentua saya tolong jagakan.

“Rasa bersalah, memang susah nak dapat pembantu baharu sekarang,” tutupnya.

Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah kembali menyorot perhatian netizen apabila Syamsul mended4hkan yang dia telah pun bernikah dengan Ira Kazar baru-baru ini, menjadikan Puteri Sarah kini bermadu dengan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*