[VIDEO] “Shooting Time” – Syamsul Yusof Mohon Doakan Filem The Original G4ngster

Walaupun kini hal rumah tangganya hangat diperkatakan namun itu tidak menghalang pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan karya terbaik.

Terbaharu, menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya, Syamsul berkongsi perkembangan filem terbaharu arahannya berjudul The Original Gangster.

Dalam video tersebut, Syamsul berkata dia berharap orang ramai dapat menyokong filem tersebut.

“Shooting time. Doakan. The Original G4ngster,” ujar Syamsul ringkas sambil tersenyum manis.

Video itu juga merakamkan Syamsul yang berada di set penggambaran bersama anak lelaki legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat.

“Dengar cerita awak menang k3s (mahkamah). Alhamdulillah. Hai semua, kalau kalian tak tahu, ini adalah anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Al-Fatihah,” maklumnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)


The Original G4ngster menjadi antara filem yang tidak sabar ditunggu oleh penonton kerana dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Untuk info, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.

Terdahulu, nama Syamsul menjadi panas selepas mengaku sudah bernikah dengan isteri kedua, Ira Kazar berwalikan bapa pengantin perempuan tersebut di Thailand, baru-baru ini.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*