[VIDEO] ‘Lemah Lembutnya Dia Cakap’ – Layan Maryam Macam Anak Sendiri, Ramai Puji Isteri Fizo Omar

Perkongsian isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri Azri di TikTok menjadi bualan warganet selepas memuat naik sebuah video pendek bersama anak tirinya iaitu Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam.

Rajin layan kerenah anak-anak

Menerusi video itu, Fazeera dilihat rajin melayan kerenah anak perempuan sulung Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar sewaktu menjaga adiknya iaitu Wan Khaleeda.

Bukan itu saja, penulisan kapsyen Fazeera turut mencvri perhatian orang ramai selepas dia melu4hkan rasa syukurnya apabila melihat kedua-dua anak perempuannya saling menyayangi.

Umi sangat gembira tengok kedua-dua anak umi ni menyayangi antara satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak berbelah bahagi sampai bila-bila.

Video:

@iamfizoomar

umi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ❤️

♬ original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Fazeera yang melayan Wan Maryam dengan adil persis seperti anak kandungnya sendiri.

Malah, tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan ibu dan anak kekal selamanya walaupun Maryam merupakan anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu Fizo Omar dengan bekas isterinya iaitu Mawar Karim.

Lemah-lembut betul dia bercakap dengan Maryam walaupun mak tiri. Untung dapat mak tiri baik macam ini.

Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera yang merupakan bekas pramugari pada 21 Oktober 2021 selepas berkenalan selama setahun dan mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Khaleeda pada 25 Jun 2022.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*