Baru 4 tahun, anak Betty Rahmat cvri perhatian pandai baca al-Quran, taranum

Anak merupakan anugerah ALLAH dan sebagai ibu bapa kita perlulah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan betul dan baik.

Antara tanggungjawab perlu dipastikan ialah mendidik anak tentang agama Islam seperti mengajar solat dan mengaji.

Sudah tentu ibu bapalah orang paling gembira dan sejuk hati apabila anak-anak sudah pandai mengaji di usia kecil.

Mana tidaknya, anak soleh itu kan jaminan Syurga buat ibu bapa.

Seperti anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira yang mencuri perhatian ramai apabila sudah pandai membaca al-Quran walaupun baru berusia empat tahun.

Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.

Menerusi hantaran tersebut, Wira yang memakai kopiah itu sedang membaca beberapa surah iaitu Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq dengan cukup petah.

Menurut Betty, sudah menjadi kebiasaan untuk Wira membaca al-Quran sebelum masuk tidur dan turut berharap agar anaknya itu membesar dengan mencintai al-Quran.

“Masya-ALLAH Tabarakallah. Semoga kamu menjadi asbab Mummy dan Daddy ke Syurga.

“Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok al-Quran dan taranum.

“Masya-ALLAH semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi ALLAH SWT,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis memuji kepintaran Wira yang bijak membaca surah al-Quran tersebut dan turut mendoakannya menjadi anak yang soleh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*