‘Keberkatan Yang Saya Cari.” Adam Corie Jelaskan Kenapa Berhenti Menari Walaupun Pendapatan Lumayan – KELUARGA

Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corie. Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebelum ini Adam Corie merupakan seorang penari.

dia pernah menjadi guru tari dalam program realiti TV dan sejak itulah namanya dikenali.

Namun baru-baru ini, Adam telah menjelaskan yang dia kini tidak lagi berkhidmat sebagai penari dan juru tari biarpun pendapatan kerjaya itu sangat lumayan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam berkongsi kisah dia meninggalkan karier tersebut selepas memilih untuk memeluk Islam.

“Dulu saya dapat satu tawaran untuk buat persembahan dan saya tanya pelanggan persembahan apa dan dia kata tarian tiang serta minta saya sediakan penari perempuan sahaja.

“Tawarannya sangat lumayan, ketika itu saya dah masuk Islam dan saya rasa was-was dan rujuk ustaz dan ustaz kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat.

“Jadi saya hubungi semula pelanggan saya dan beritahu saya tolak persembahan itu dan sudah tidak lagi buat persembahan selamanya. Saya pun dah tak mengajar orang menari lagi ketika itu,” kongsi Adam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)


Tambah pelakon filem KL G4ngster itu, dia kini mencari keberkatan dalam mencari rezeki selepas membuat keputusan tersebut.

“Alhamdulillah, ustaz dah bagi keterangan. Saya berhenti untuk mengajar.

“Sampai sekarang dan sejak daripada itu saya buat keputusan untuk berhenti buat persembahan. Saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)


“Pendapatan lumayan tapi keberkatan yang saya cari selepas kembali kepada fitrah (memelvk agama Islam),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Adam menjadi penari ketika persembahan Ziana Zain di Anugerah Juara Lagu 1992.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*