‘Manjanya’, gelagat suami balik kerja minta isteri dvkung buat ramai tersenyum

Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang berkahwin.

Setiap suami isteri mendambakan rumah tangga yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur. Tiada pasangan yang mengimpikan sebaliknya.

Begitulah kehidupan suami isteri, hubungan mana yang tak dilanda badai, lagi-lagi bila dah serumah.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan? Penting sebenarnya untuk pasangan suami isteri mencari dan kekalkan kebahagian serta keharmonian setiap masa.

Seperti satu kisah yang tular baru-baru ini di mana gelagat suami yang manja ketika pulang daripada kerja mencvri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikToknya @nashika95, dia berkongsi rakaman ketika menanti kepulangan suaminya di rumah.

Pun begitu, suaminya tetap tersenyum walaupun penat seharian bekerja dan terus mend4kap isteri serta memanjat tvbuh permaisuri kesayangan itu.

Isterinya yang mendvkung suami bagaimana pun berjalan ke arah kamera sebelum menyedarkan si suami bahawa gelagat comelnya itu dirakam.

Dengan malu-malu suaminya terus turun sambil senyum tersipu.

“Bahagia dengan cara sendiri… hahaha gini la suami selalu balik kerja… penat ke tak penat ke gini la dia.”

Video:

@nashika95

bahagia dngn cara sndri 🥰🥰 hahaha gini la suami slalu balik kje . penat ke tk penat ke gini la dia 🤣🤣

♬ bunyi asal – ieka 💃🏻 – ieka 💃🏻

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah suami isteri itu.

Malah ada yang menyifatkan perkara sebegitulah yang akan menambahkan lagi kemanisan dalam rumah tangga.

Bukan itu sahaja, ada juga yang cemburu melihat kemesraan berkenaan akibat diri masih solo.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*