[VIDEO] Gelagat kanak-kanak menari ‘style’ Pak Maon buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman instagram yang dimuat naik oleh @tv3malaysia, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berada di hadapan sebuah televisyen.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang secara selamba menari mengikut rentak Pak Maon yang merupakan satu watak dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Adik ni memang rare lah! Kecik-kecik macam ni dah layan cerita P.Ramlee. Siap nak joget style Pak Maon tu! Kalau macam ni lah gayanya, teruskan dik minat tu. Boleh pergi jauh!,” tulis @tv3malaysia di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 15k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: instagram tv3malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*