9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video – “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”

Selepas sembilan hari di Tanah Suci Makkah dan Madinah, pelakon Fasha Sandha dan suaminya aktor Aidil Aziz bersyukur selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Berkongsi pengalaman menunaikan umrah, Fasha mengakui dia tidak sempat untuk berkongsi gambar dan video ketika berada di sana disebabkan kekangan masa.

“Syukur Alhamdulillah. Kami dah selamat sampai. Ramai DM kenapa tak update gambar dan video. Maaf, sembilan hari yang sangat singkat di Madinah dan Makkah.

“Masa kami terlalu sibuk di Tanah Suci. Memang tak ada ruang untuk edit dan posting apa-apa. Tapi, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk rakam momen di sana,” kongsinya.

Bagaimanapun, Fasha memaklumkan dia akan berkongsi semua momen yang sempat dirakam apabila ada masa terluang.

“Insya-Allah nanti free kami akan kongsi ya. Syukur Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Malaysia dan syukur Alhamdulillah @itsaidilaziz,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Terdahulu, penampilan Fasha yang mengenakan abaya berwarna putih dan memakai hijab sebelum berangkat menunaikan umrah mendapat pujian netizen.

Rata-rata yang meninggalkan komen juga menyatakan wajah Fasha kelihatan lebih berseri sewaktu memakai hijab dan berada di samping suami tercinta.

Difahamkan Aidil sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Fasha menunaikan umrah namun niat tersebut terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa fasa p4ndemik beberapa tahun lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*