Bab kesihatan ni tak boleh nak jangka, hari ni elok ja kita sihat menjalani kehidupan seperti biasa. Siapa tahu, entah-entah esok terpaksa untuk ‘check-in’ hospital pula, kan?
Nak tak nak, kita mesti asingkan duit untuk kecemasan perubatan atau yang berkemampuan boleh laburkan sikit wang untuk bayar insurance.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon, Fizo Omar mengenai ujian menimpa keluarga mereka pada bulan lalu. Dia yang berkongsikan hantaran terbaru di Instagramnya itu berkata, isterinya, Fazeera Nazri dan kedua-dua anaknya, Maryam dan Khaleeda silih berganti dimasukkan ke hospital sehingga bill mencecah lebih RM30,000.
Menurutnya, anak sulungnya, Maryam dij4ngkiti j4ngkitan kum4n manakala anak keduanya dijangkiti v1rus influenza yang semakin giat merebak.
“Dah macam sewa hospital dah… Bulan lepas punya cerita, lebih RM30,000 untuk bil hospital sahaja. Mula dengan Maryan dem4m j4ngkitan kum4n dan warded for few days.
“Lepastu Khaleeda pula dem4m terkena j4ngkitan kum4n di kotak suara dia dan kena warded juga beberapa hari. Hari yang sama Khaleeda discharge, wife saya pula accidently tersepit tangan dekat pintu rumah, berlari ke hospital emergency malam itu.
“Tangan dia kena banyak jahitan dan warded untuk tiga hari. Dah settle Faz keluar hospital, Maryam pula dem4m dan pergi cek Influenza pula, dem4m dan mvntah-mvntah.
“Jadi kami decided untuk dia masuk ward supaya doktor monitor dia dalam wad.. kena tahan untuk tiga hari lagi,” tambahnya.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran sama, Fizo menafikan mahu mempromosikan insurans, malah dia hanya cuba mengetengahkan keperluan insurans kepada pengikutnya demi masa hadapan keluarga ekoran pembiayaan bil yang tidak murah.
“Hebat dvgaan kami sekeluarga bulan lepas, total bill untuk hospital sahaja melebihi RM30,000. Nasib baik saya ambil insurance untuk semua family members dan alhamdulillah fully covered.
“Saya bukan nak promote mana-mana company insurans, tetapi saya nak tegaskan sangat penting insurans ini untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply