Comel mengajar di kelas, anggun peraga baju atas pentas! Pensyarah buktikan badan berisi pun boleh ‘masyuk’

GEMvK susah dapat kerja!

Begitulah antara kata-kata pedas yang pernah diterima Nuradyllah Jimain, 25, atau Adel kerana mempunyai tvbuh yang berisi.

Adel bagaimanapun membuktikan kata-kata itu tidak benar sama-sekali, malah dia kini berbangga dengan dua kerjaya yang menjadi sumber rezekinya.

Selain bergelar pensyarah bidang Pengurusan Pejabat, anak jati Selangor itu juga sudah dua tahun berkecimpung dalam dunia peragaan.

“Kisah ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Orang cakap gemvk ni ada ke kerja nak buat? Kena la kurus badan baru orang terima.

“Bila dapat kata-kata macam tu, saya cuma mahu buktikan yang saya pun boleh dapat kerja yang bagus. Alhamdulillah, saya dah tiga tahun jadi pensyarah.

“Saya juga dapat tawaran jadi model plus size. Saya dah jadi model secara part time sejak dua tahun lepas,” ujarnya yang kini berkhidmat di sebuah negeri utara tanah air.

Menurut Adel yang mempunyai lebih 20,000 pengikut TikTok, dia menganggap apa yang dikecapi hari ini sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka buat dirinya.

Biarpun tidak pernah bercita-cita untuk bergelar pensyarah, Adel berkata dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat merealisasikan impian ibunya.

“Kalau orang tanya macam mana boleh jadi pensyarah, saya tiada jawapan tapi saya cakap rezeki. Sebenarnya saya bercita-cita nak jadi ahli forensik tapi tak lepas.

“Bergelar pensyarah ni satu rezeki sebenarnya. Ia bukan cita-cita saya, tapi mak yang mahu saya jadi pensyarah. Tapi saya seronok dengan kerjaya ini. Seronok jumpa pelajar, rasa bersyukur bila mereka faham apa yang saya ajar.

“Untuk kerjaya sebagai model pula, saya dapat tawaran sebab saya main TikTok dari dulu lagi. Dari situ ada orang offer untuk cuba. Awalnya saya pun tak yakin diri. Tapi saya ignore apa saja orang cakap, saya bersyukur dapat sokongan insan sekeliling,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adel yang aktif di media sosial juga tidak terlepas menerima pelbagai komen khusunya yang memperkatakan tentang fizikalnya.

Biarpun kadang-kala terguris hati, Adel tetap bersemangat untuk berkongsi video sebagai salah satu cara untuk memperkasakan golongan sepertinya.

adel2

Adel turut menerima tawaran untuk bergelar model.

“Bila saya masuk media sosial, memang teruk kena kecam. Awal-awal dulu, tipulah kalau saya kata tak sedih. Cuma saya set dalam minda untuk tak layan mereka.

“Saya cuma nak tunjuk kepada orang di luar sana yang orang plus size pun boleh berjaya. Kalau saya boleh, anda pun boleh. Saya cuma nak kongsi inspirasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya kena kuat untuk orang lain. Kalau yang komen tu dah tahap melampau, saya ambil pendekatan untuk block saja. Saya tak nak rasa terganggu,” ujar Adel lagi.

Di sebalik kec4man itu, Adel berkata dia juga bersyukur apabila komuniti dalam TikTok banyak menitipkan komen-komen positif buatnya.

adel3

Adel seronok dapat berkongsi ilmu dengan pelajarnya.

“Sejujurnya saya sangat gembira bila dapat komen positif. Bukan yang negatif saja. Itu semua memberi semangat untuk saya buat lebih lagi dan kongsikan apa yang saya ada.

“Dan kalau ada yang nak tegur, biarlah secara tertutup atau melalui direct message (DM). Tak perlu nak komen. Kalau nak komen, biarlah secara baik dan beradab,” pesannya lagi.

Untuk rekod, video tentang kerjaya Adel yang dikongsi menerusi TikTok sehingga kini telah menerima lebih 1.2 juta tontonan.

Malah, ramai netizen turut meluahkan rasa bangga atas pencapaian Adel biarpun dia pernah dih1na gara-gara bentuk fizikalnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*