“Siapalah Cikgu Matematik Makcik Ni Dulu.. Dia Guna Formula Apa?” Cara Pengiraan Laju Dan Unik Buat Ramai Terkedu

Anda mesti akan berasa kagum dengan seseorang yang boleh mencongak pengiraan tanpa menggunakan calculator lebih-lebih lagi yang tidak bergantung pada mana-mana alatan mahupun kertas untuk melakukan cara pengiraan.

Contohya di kedai mamak, cara pelayan mengambil order dengan hanya mengingat menu makanan yang dipilih pelanggan pasti membuat anda kagum inikan pula yang dapat mengira dengan pantas.

Jika anda berkunjung di negeri Terengganu, anda wajib berkunjung di sebuah gerai yang di usahakan oleh seorang wanita ini. Apa yang menarik selain menu makanan yang sedap adalah cara pengiraan wanita ini yang unik dan pantas setiap kali pelanggan meminta jumlah yang harus dibayar pasti mencuri perhatian anda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @azman_ngah, lelaki ini bersama ibunya pergi bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan memesan lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama air milo ais dan teh o ais.

Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.

Video:

@azman_ngah

KEDAI MAK CIK VIRAL KIRA LAJU ‼️ . KEDAI MAKAN VIRAL TERENGGANU . JOM VISIT TERENGGANU #fyp #masukberanda #fypdongggggggg #visit #terengganu #makanterengganu #kedaimakanviralterengganu

♬ original sound – Azman Ngah – Azman Ngah

Makcik berkenaan menggunakan angka ratus dalam cara pengiraannya malah ramai juga yang terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya pening dengan cara pengiraan makcik tersebut namun akhirnya kagum melihatnya yang laju mengira tanpa menggunakan kalkulator.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berhasrat untuk datang ke kedai makcik tersebut dan merasai sendiri air tangannya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*