Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @k.mirahali, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berada di kedai makan ibu dan rakan ibunya yang berbangsa Cina.
Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang secara selamba membaca doa sebelum mereka menjamu selera, sementara rakan ibunya yang berbangsa Cina turut menadah tangan serta mengaminkan doa tersebut.
“Moga sampai juga hidayah nya,” tulis @k.mirahali di ruangan kapsyen.
Video:
@psnurulhuda Moga sampai juga hidayah nya 🌷
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 516.2k tontonan, 22.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: tiktok psnurulhuda
Leave a Reply