Ain Edruce Buat ‘Trend’ Tiktok, Tapi Soraya Pula Jadi Perhatian

Soraya Muhammad Amirul Hafiz merupakan puteri sulung Ain Edruce dan suami yang pada asalnya jantina bayi selebriti ini tidak diketahui oleh mereka sendiri sepanjang tempoh kehamilan sehingga hari dia dilahirkan.

Ain sebelum ini pernah menceritakan pada awalnya dia meneka bahawa anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki namun suaminya pula menebak yang anak sulung mereka merupakan bayi perempuan.

Selain memiliki nama klasik yang sebutannya hanya sepatah, wajah comel anak Ain Edruce ini selalu raih tumpuan peminat. 

Baru-baru ini menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Ain berkongsi satu video yang memaparkan dirinya dan Soraya sedang melakukan ‘trend’ di platform tersebut.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Soraya yang hanya memunculkan diri dengan berpusing-pusing, sambil memberikan memek muka yang melucukan.

“Mummy givup lahh…,” tulis Ain Edruce di ruangan kapsyen.

Video:

@ain.edruce

Mummy givup lahh… 😒

♬ оригинальный звук – 𓆩 xlarssx 𓆪

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 24.5k tontonan, 2.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan penampilan Soraya.

Untuk makluman, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok ainedruce91

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*