“Kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu,” – Syafiq Kyle, Mimi Lana kahwin selepas Aidilfitri

Pelakon Syafiq Kyle memaklumkan majlis pernikahannya dengan Mimi Lana dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri.

Syafiq berkata, segala persiapan menuju hari bahagianya juga sudah hampir siap dan berjalan lancar.

“Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.

“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga di Petaling Jaya, di sini, semalam.

Menurut Syafiq, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.

“Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.

“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.

“Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” katanya.

Terdahulu Syafiq memaklumkan tahun 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang selain sudah menghadiri kursus kahwin.

Malah pada 21 Januari lalu Syafiq bersama keluarganya sudah merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hmetro.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*