[VIDEO] Baby Shima Kecewa Dikec4m Selepas Tampil Dengan Imej Sopan – “Ramai Claim Pakai Tudung Sebab Kena M4ki”

Penampilan penyanyi Baby Shima memakai baju kurung dan bertudung ketika membuat persembahan sempena Isra Mikraj di Kuantan pada Sabtu mengundang krit1kan netizen.

Shima melu4hkan rasa kecewa apabila rata-rata netizen memilih untuk mengkrit1knya tanpa melihat penampilannya yang mengikut hari yang bersesuaian.

“Selesai bergoyang ya habibi di Kuantan. Next time datang dulu sebelum berkata-kata. Majlis tak mula lagi dah macam-macam mengata.

“Bila Shima dapat tahu ada show pada hari Isra Mikraj, Shima sendiri yang ingin tampil sebegini, tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata dulu sebelum melihat, sampai ada yang berkata Shima tidak hormat hari mulia ini.

“Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di hari yang mulia sempena Isra Mikraj ni. Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa,” katanya.

Shima turut menegaskan dia memakai tudung bukan disebakan c4cian yang diterima sebelum ini sebaliknya sudah lama merancang untuk tampil dengan imej itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)


“Benda dah lama plan. Korang saja yang melebih-lebih bila dengar nama Baby Shima nak datang saja macam-macam andaian yang korang buat sendiri.

“Sorry mana yang kena kawal sikit sebab tengah tu terlampau berlumpur tanahnya… apa pun thanks datang walau pun dapat pandang korang dari jauh di belakang .

“Tiba-tiba ramai claim pakai tudung sebab kena m4ki. Spin dan fitn4h berpisah tiada. Benda dah lama dalam jadual korang je yang meny4lak,” ujarnya.

Sebelum ini, penampilan s3ksi dan tarian gel3k Shima ketika membuat persembahan sentiasa mengundang kec4man netizen di laman sosial.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*