[VIDEO] Tak Kekok Guna Bahasa Isyarat Layan Peminat OKU, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Ini Baru Artis Serba Boleh!’

Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon, Alif Satar sememangnya seorang yang disenangi dan mudah didekati oleh netizen kerana sering memaparkan sisi lelaki budimannya secara terbuka.

Boleh guna bahasa isyarat

Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video berdurasi 00:42 saat, di mana dia merakam tindakan Alif Satar melayan peminat yang ingin bergambar dengannya di hadapan sebuah lif.

Lebih menarik, peminatnya itu merupakan seorang pekerja di bangunan tersebut dan dipercayai orang kelainan upaya (OKU) percakapan (bisu).

Tidak kekok melayan peminatnya itu, Alif sebaliknya berkomunikasi dengan pekerja tersebut menggunakan bahasa isyarat. Malah, boleh dikatakan begitu lancar dan fasih!

Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan dan dia juga fasih menggunakan bahasa isyarat!

Tambah pemilik akaun tersebut yang dikatakan rakan kepada Alif Satar itu, dia juga tidak menyangka bahawa pengacara Big Stage tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik.

Barulah ‘influencer’, lengkap semua!

Di bahagian komen, netizen menggelarkan Alif sebagai seorang ‘influencer’ yang serba boleh dan juga versatil kerana mempunyai pelbagai bakat selain ‘bersih’ dari sebarang kontroversi.

Ini baru betul influencer sebenar… Serba boleh semua benda. Suka betul tengok Alif ni.

Difahamkan, Alif boleh menggunakan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan bekas guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak OKU pendengaran dan percakapan.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat mengatakan sikap positif dan keperibadian Alif itu patut dicontohi oleh netizen di luar sana.

Video

@johnlemmonnn

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar

♬ original sound – johnlemmonnn – johnlemmonnn

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*