“Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah…,” – Sweetnya ucapan hari lahir Ernie Zakri buat anak tercinta

Penyanyi, Ernie Zakri meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Khawla Soleha.

Menerusi laman sosial Instagram, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri memuat naik gambar bersama anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Ernie, dia bersyukur dan berdoa supaya anak kesayangannya itu sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt serta menyatakan rasa terima kasih kerana Khawla banyak mengajar dirinya dan suami menjadi ibu bapa yang terbaik.

“Genap setahun dah anak eibu, my darling daughter. Alhamdulillah, doa Eibu Daddy agar Nur Khawla Soleha sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt.

“Tak terasa setahun perjalanan Eibu Daddy belajar menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Khawla. We’re still learning, terima kasih kerana mengajar kami, nak.

“Paling cantik, paling cheeky di mata Eibu Daddy. Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah,” tulis Ernie di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 26k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Khawla Soleha.

Untuk rekod, Ernie Zakrie dan Shamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Khawla Soleha.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram erniezakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*