Tindakan Ella Padam Semua Gambar Di IG Cetus Tanda Tanya – “Terima Kasih Untuk…”

Tindakan ratu rock Malaysia Ella memadam semua gambar di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Tanpa memberi sebarang penjelasan, penyanyi berusia 57 tahun itu hanya memuat naik foto tulisan mengucapkan terima kasih untuk 35 tahun.

“Terima kasih untuk 35 tahun. Ella,” tulisnya secara ringkas.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa maksud yang tersirat di sebalik perkongsian itu namun difaham 35 tahun itu seakan-akan memberi gambaran tempoh perjalanannya dalam industri seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)


Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa sayang terhadap penyanyi yang sudah menghiburkan peminat selama lebih 35 tahun.

Malah peminat juga berharap perkongsian itu bukanlah bermaksud Ella mahu mengundur diri daripada industri seni.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*