“Kami Tunggu Keputusannya, Senyap Tak Ada Berita,” – Jep Ded4h Isu Shuib ‘Tiada’ Di Sepahtu Reunion Live, Ada Pujuk Jemput Semula Tapi…

Penyampai radio dan pelawak, Jep tampil menjawab seterusnya memilih untuk menghentikan isu yang terkait mengenai ketiadaan Shuib dan kumpulan Sepahtu menerusi program Sepahtu Reunion Live (SRL) sebelum ini.

Penjelasan panjang lebar tersebut dijelaskan Jep dengan memaklumkan perkara tersebut bermula selepas Shuib diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas babak yang did4kwa tidak bersesuaian di dalam program berkenaan.

Susulan insiden itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad difahamkan telah digantung selama dua minggu.

Jep berkongsi cerita bagi mengekang sebarang spekulasi yang tidak berasas.

“Dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukan orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.

“Jadi tolong jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini. Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia tak ada dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitn4h.

“Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.

“Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kec4man teruk dari penonton. Aksi luc4h itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.

“Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain.

“Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur. Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal,” luahnya.

Menerusi hantaran sama, Jep memberitahu mereka tetap perlu meneruskan program selepas cuba untuk mempelawa Shuib ke SRL kembali.

“Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba.

Tidaklah kami melutut memujuk tapi kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tapa dia.

“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya.

“Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia.

Sepahtu tidak pernah buang Dia. Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu but rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu,” katanya.

Jep bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik dan tidak pernah rasa marah atau dendam selepas apa yang berlaku.

“Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi.

“Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu, doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya,” tulisnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*