Belum dapat c3rai, Puteri Sarah dan Syamsul ke Jawatankuasa Pendamai

Pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perc3raian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas k3s itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, diwakili peguam syarie Roshdan Sujak.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penc3raian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbal4han yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hvkum syarak.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

“Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak” katanya menurut dokumen itu.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Sebelum ini media hiburan melaporkan kepincangan rumah tangga Syamsul mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perc3raian di Mahkamah Syariah di sini.

Media turut melaporkan melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.

Syamsul akhirnya mended4hkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Pended4han tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar dided4hkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Bagaimanapun Puteri Sarah mend4kwa dan menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*