Masakan ‘edisi kolej’ bikin ramai ket4gih, untung siapa rapat dengan pelajar ini – “Saya tak masak untuk seorang”

SEMAKIN ramai dalam kalangan pelajar yang rajin dan kreatif memasak sendiri di kolej atau asrama seperti mana yang banyak dikongsikan di media sosial.

Lebih menarik perhatian apabila menu yang disediakan bukan sahaja nampak sedap, malah bahan-bahan digunakan adalah ringkas dan mudah disediakan.

Begitulah yang dilakukan oleh pelajar kolej, Nurul Hana Norizan, 22, apabila dia memilih untuk memasak di biliknya setiap hari sejak Oktober 2021

Menurut Hana, dia pada mulanya memuat naik kandungan mengenai masakan di TikTok secara suka-suka tetapi tidak menyangka video-video tersebut disukai netizen.

“Saya mula duduk kolej dari semester pertama masa awal awal PKP dulu. Walaupun tak ada kelas secara fizikal, saya tetap duduk kolej sebab susah nak kelas online dekat rumah. Jadi, dari awal sampai semester empat saya duduk kolej.

“Tapi semester lima (akhir) saya tolak duduk kolej sebab nak duduk rumah sewa. Saya mula memasak di kolej dari awal semester dua. Mula-mula saya masak dengan kawan-kawan dan kemudian video masak saya dapat sambutan.

“Sejak itu saya pun mula rajin masak. Saya dapat banyak tajaan untuk buat video masakan college edition. Jadi saya memasak dengan lebih keraplah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Hana yang kini memiliki lebih 125,000 pengikut di TikTok memasak setiap hari di bilik untuk berjimat, juga disebabkan perlu membuat reviu pes makanan.

Hana yang belajar di sebuah universiti awam berkata, dia lebih memilih untuk makan di bilik gara-gara tidak mahu turun makan di kafe kolej.

Walaupun menginap berdua bersama seorang lagi rakan, Hana yang berasal dari Semenyih, Selangor, ini biasanya akan memasak dua hingga tiga jenis lauk untuk enam hingga lapan orang makan.

Hana sering masak di bilik di kolej bersama rakan-rakan.

“Saya tak masak untuk seorang sebab ada ramai kawan rapat. Saya suka masak untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Mereka pun selalu tolong saya masak.

“Kalau nak beli barang masakan atau basah, saya cuma guna aplikasi di telefon saja. Cuma sekiranya kalau ada kawan keluar, saya akan kirim dengan mereka minta belikan barang keperluan di kedai runcit.

“Kalau bab berjimat, ia bergantung kepada berapa ramai yang kongsi duit beli barang masakan. Sebelum ni, saya akan cakap pada kawan-kawan yang lapan orang tu yang saya nak masak. jadi kami kongsi duit beli ayam, lebih kurang RM2 hingga RM3 seorang untuk beli ayam dan beras,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Jelas Hana yang mengambil jurusan Komunikasi Massa, dia lebih gemar makan beramai-ramai di kolej sambil bergelak tawa dengan rakan-rakan.

Bercerita mengenai menu masakan, biasanya dia akan memasak sardin, telur dadar, nasi goreng tetapi sejak menerima banyak tajaan pes makanan, Hana mula bertukar-tukar jenis hidangannya.

“Apabila mula dapat sponsor pes makanan dan lain-lain, saya cuba masak makanan berat macam nasi lemak, sambal ayam, kari ayam, oden, telur masak kicap, rendang ayam, tomyam dan banyak lagilah.

“Saya banyak belajar sendiri dengan tengok resepi dekat Google atau YouTube. Saya suka masak dan buat kuih, jadi bila minat tu ada kita belajar sendiri je… yang selebihnya kalau tak tahu ayah sayalah akan ajar.

Hana merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

“Saya mula terdetik nak buat content dulu selepas video masakan ramen saya viral. Sejak itu saya mula sedar ‘oh maybe orang nak tengok aku masak’. Mula dari situlah saya post content masak college edition lebih banyak,” imbas Hana.

Sehingga kini, Hana berkata dia mampu menjana pendapatan hasil membuat reviu mengenai masakan dan makanan di TikTok.

Dalam pada itu, Hana yang merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata dia sering memberikan galakan kepada pelajar-pelajar lain untuk mengikuti segala tunjuk ajar serta tip yang dikongsi sebagai panduan berjimat.

“Sekarang memang ramai yang masak dekat kolej. Saya minta mereka hati-hati jangan sampai terkena renjatan elektrik atau berlaku kejadian tak diingini.

“Setakat ni tak pernah lagilah saya buat satu blok blackout. Jangan pasang plug periuk multicooker tu dekat extension, pakai direct terus plug di dinding tu. Lagi satu jangan masak banyak-banyak pot dekat satu extension. Bahaya,” nasihat Hana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*