Eina Azman kongsi video men4ngis, patah hati dengan seseorang… Mudah-mudahan tiada kaitan rumah tangga

PERKONGSIAN video terbaharu pelakon Datin Eina Azman di aplikasi TikTok mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menerusi muat naik berkenaan, pelakon berusia 28 tahun itu dilihat berada dalam keadaan sedih dan men4ngis.

Bukan itu sahaja, Eina turut berkongsi quote atau kata-kata seolah-olah menggambarkan dirinya tidak dihargai oleh seseorang.

eina 3

Perkongsian video Eina di TikTok dan Instastory.

“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, jadikan mereka menghargai ketiadaan anda,” katanya.

Eina turut berkongsi video yang sama menerusi Instastory pada pagi Rabu.

@einaazman13

💔💔💔

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan kebimbangan melihat keadaan aktres drama The Maid itu.

Mereka berharap perkongsian Eina itu bukanlah disebabkan masalah rumah tangga yang dihadapinya..

“Tak bersedia nak baca satu lagi isu peny0ndol, tapi itulah bahagia di luaran dalam hati siapa tahu.

eina 2

Eina bersama suami dan dua anak mereka.

“Sedih tengok Eina men4ngis, tolong bukan sebab penyodol ya datin,” antara komen netizen.

usaha mStar mendapatkan penjelasan Eina berhubung perkongsiannya itu tidak berjaya apabila panggilan tidak berjawab.

Untuk rekod, Eina berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*