“I am so thankful for every moment…,” – Sweetnya ucapan anniversary perkahwinan Elvina Mohamad buat suami tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti pelakon Datin Elvina Mohamad, dimana semalam dia dan suami iaitu Datuk Haniff Borhan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima tahun.

Menerusi laman sosial instagram, Elvina menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Haniff sambil memuat naik foto mereka sekeluarga untuk tatapan umum.

“Happy 5 years of togetherness! On this special day of ours, I would like to dedicate this sweet and memorable photograph of us.

“I am so thankful for every moment we have shared, thank u for everything syg. I berdoa semoga you terus jadi loving caring husband macam ni sampai tua nanti okay!.

“Semoga Allah pelihara rumahtangga kita hingga ke Jannah, Inshaallah Aminnn.

“18.03.18 // happy 5th wedding anniversary my love,” tulis Elvina di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat banyak tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Elvina dan Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram elvinamohamad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*