RAKAMAN memaparkan lampu signal sebuah van jen4zah yang menyala sendiri pada pukul 1.30 pagi meraih lebih sejuta tontonan di media sosial.
Dalam video itu, g4ngguan itu dilihat berlaku beberapa kali meskipun pemiliknya telah mem4tikan lampu van tersebut.
“Lepas hantar jen4zah terus balik rumah ke bro? Ada yang ikut balik tu.
“Jen4zah dah dihantar tapi tuannya masih di situ.
“Aku tengok video ni pun meremang.
“Sedangkan h4ntu pandai bagi signal. Manusia masuk simpang pun tak bagi signal,” tulis beberapa netizen di aplikasi TikTok.
Masrul hairan dengan kejadian yang berlaku pada 3 Mac lalu.
Menurut Pengasas Persatuan Amal Dan Jariah Sabah, Masrul Guding, 33, van miliknya itu tidak mempunyai sebarang masalah, sekali gus membuatkan dia hairan memikirkan tentang gangguan aneh pada 3 Mac lalu.
“Pada hari kejadian, adik saya pergi hantar jen4zah di Ranau. Dia balik pukul 10 malam dan letakkan van itu depan rumah saya.
“Dalam pukul 1.30 pagi, jiran telefon, dia maklumkan lampu van jen4zah menyala. Saya keluar, tengok lampu signal menyala. Jadi saya m4tikan lampu tu, kemudian ia menyala balik.
“Tak lama kemudian, bila saya periksa dalam van, saya nampak macam suis ditekan. Terus saya buat video. Selepas dim4tikan, ia menyala lagi. Ia berlarutan sampai tiga kali,” ujarnya yang menetap di Ranau.
Menurut ahli perniagaan yang turut berkhidmat sebagai pemandu van jen4zah itu, kejadian tersebut merupakan pertama kali dialaminya sepanjang penglibatannya dalam dunia kebajikan.
“Selama bawa van jen4zah ni, dah tiga tahun, hampir 800 jenazah dengan pelbagai jenis kejadian. Ini kali pertama saya kena gangguan. Punca terjadi pun tak pasti.
View this post on Instagram
“Sebelum ni ada juga ker4nda berbunyi. Itu normal la sebab van bergoyang ketika dipandu. Saya hanya bersangka baik, enggan fikir bukan-bukan.
“Setakat ini belum pernah lagi ada ‘benda’ pelik-pelik muncul depan-depan,” ujarnya berseloroh.
Masrul berkata dia juga tidak kisah sekiranya ada individu yang menganggapnya mereka-reka cerita memandangkan hanya dirinya yang ada di tempat kejadian.
“Selama ini ada juga perkara pelik terjadi, tapi masih boleh dikaitkan dengan sains dan teknikal. Tapi kali ini bab tekan suis tu yang tak boleh fikir habis.
Video yang dikongsi tular di TikTok.
“Terpulang pada individu mahu percaya atau tidak. Saya sekadar berkongsi pengalaman membawa van jen4zah saja,” ujar Masrul.
Mengenai dirinya, Masrul berkata dia sudah mengasaskan persatuan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan itu sejak Oktober 2020.
Setakat ini, Persatuan Amal Dan Jariah Sabah mempunyai empat van jen4zah yang boleh digunakan secara percuma oleh rakyat negeri itu.
“Pertamanya saya buat khidmat van jen4zah percuma. Kemudian saya juga ada buat khidmat pengurusan jen4zah percuma. Selain itu, saya juga ada buat khidmat ambulans untuk ambil pesakit secara percuma dari rumah.
“Selain persatuan ini, saya juga ada buat bisnes penghantaran kereta dari Sabah Sarawak ke Semenanjung,” ujar Masrul lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply