Bukan mudah bagi penyanyi, Datuk Nora Ariffin untuk melepaskan pembantu rumahnya dikenali sebagai Sanah untuk pulang ke pangkuan keluarga semula di Indonesia setelah 25 tahun berkhidmat. Sedihnya!
25 tahun
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Nora kelihatan memeluk erat pembantu rumahnya iaitu Sanah sebelum mereka berpisah. Ujar Nora, Sanah sudah bersama keluarganya sejak 25 tahun yang lalu. Sebagai majikan, Nora berharap Sanah akan sentiasa mengingatinya dan keluarga selepas pulang ke Indonesia.
25 tahun Sanah bersama keluarga saya. Kamu jangan lupa saya ya. Moga kita ketemu lagi dan Allah SWT sentiasa merahmati kamu. Moga Allah kurniakan saya pengganti Sanah.
Nora turut berharap dia akan menemui seorang pembantu rumah yang sama seperti Sanah.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih melihat momen tersebut. Ujar netizen, Nora sangat beruntung kerana mempunyai pembantu rumah yang setia lebih dari 20 tahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply