Budak lelaki 8 tahun puji Siti Nurhaliza cantik, wangi sangat… Bertuah dapat bergambar, siap buat isyarat ‘love’ separuh sama-sama!

BUKAN sekadar mendapat isyarat tangan mini love, seorang kanak-kanak lelaki turut berpeluang berjumpa dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza secara dekat.

Begitulah tuah Muhammad Auza’i Fillah Ahmad Faizul Azrin yang begitu teruja dengan keramahan penyanyi tersohor negara itu di satu acara, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di media sosial, si cilik berusia tujuh tahun itu dilihat berulang kali melaungkan nama Siti Nurhaliza di khalayak ramai sehingga ia disedari oleh penyanyi berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kanak-kanak tersebut, Khalimatun Syahadah Nasrudin berkata momen istimewa itu berlaku sewaktu dia sekeluarga pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah untuk menghadiri kenduri doa selamat.

Selesai kenduri, dia dan suami membawa anak lelaki mereka ke sebuah pusat beli-belah di Alor Setar bagi menyaksikan satu acara yang dihadiri Siti Nurhaliza.

budak jumpa tokti 4 W

Laungan nama Siti Nurhaliza disedari penyanyi itu.

“Pak Teh dia (bapa saudara kepada anak) merupakan peminat tegar Tokti (panggilan Siti Nurhaliza). Dia ajak kami dan beberapa yang lain ke Aman Central.

“Anak saya sebenarnya tak tahu ada kemunculan Tokti di majlis tu. Dia tak tahu apa-apa sehingga kami yang beritahu dia,” katanya kepada mStar.

Antara momen bersama Siti Nurhaliza.

Lebih mesra disapa Syahadah, wanita berusia 37 tahun itu menjelaskan bahawa anaknya bukanlah peminat tegar Siti Nurhaliza.

“Sebenarnya anak saya tidak berapa kenal dengan Tokti. Tapi dia suka sangat dengan satu lagu yang dinyanyikan oleh Tokti untuk iklan susu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kerap juga dia nyanyi lagu terutama menerusi satu program TV. Tapi dia masih tak tahu siapa yang menyanyikan lagu tu.

“Dalam perjalanan baru kami baru beritahu ada TokTi, penyanyi kepada lagu yang dia suka tu, dia terus jadi seronok,” ujarnya yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang.

budak jumpa tokti 6 W

Kiri Syahadah (kanan) bersama Auza’i, kanan Auza’i menikm4ti ais krim selepas bertemu Siti Nurhaliza.

Mengimbas kembali, suri rumah itu turut mendedahkan bahawa anaknya sendiri yang menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan penyanyi yang memenangi lebih 300 anugerah itu.

“Dia tanya boleh jumpa Tokti? Saya kata cuba la kalau berani. Tiba-tiba dia mula menjerit dan memanggil nama Tokti di tengah-tengah ramai orang tu.

“Dia memang berani dan yakin, memang tak segan dengan orang. Ada orang sekeliling yang dengar minta dia panggil nama Tokti dengan lebih kuat. Hampir 20 minit juga la dia jerit.

“Rezeki dia, jeritan dia disedari TokTi dan panggil dia untuk datang dekat. Tapi apabila dah berdiri sebelah Tokti terus jadi pemalu, terus tak terkata apa-apa,” ujarnya secara berseloroh.

budak jumpa tokti 1 W

Auza’i (baju hitam) bersama keluarga dan saudara-mara di Aman Sentral.

Syahadah berkata, pertemuan anaknya bersama Siti Nurhaliza yang tidak disangka-sangka selama kira-kira lima minit itu amat bermakna dan pastinya menjadi kenangan terindah.

“Anak saya teruja dan seronok, dia puji Tokti cantik dan wangi sangat. Selepas dah jumpa tu, dia minta saya belanja satu ais krim sebab dah penat jerit (panggil nama Tokti).

“Dari hanya satu lagu Tokti je yang anak saya suka dengar selama ni, sekarang dia mula dengar lagu Tokti yang lain iaitu Ting Ting Tang Ting (Comel Pipi Merah).

“Kerana Tokti begitu sporting hari tu, anak saya dah tahu siapa penyanyi di sebalik lagu yang dia dok ulang nyanyi tu. Terima kasih Tokti,” katanya sambil menambah anaknya akan memasuki tahun satu pada Isnin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*