Sedap Suara PU Riz Menyanyi & Neelofa Pula Berlakon, Siap Tampilkan Faizal Tahir

Pend4kwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz muncul dengan single berjudul Jodoh Ajal Rezeki yang berkolaborasi bersama komposer dan penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

Menariknya, lagu hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat, lirik oleh mereka berdua serta Haris dan Faizal itu turut menampilkan Neelofa.

Haris berkata, pembabitan isterinya itu adalah yang pertama dalam sebuah lagu dan video muzik (MV) selain menyifatkan ia sebuah karya yang cukup istimewa.

Tahun lalu, PU Riz, 28, yang sinonim disapa sebagai Haris sukses melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.

“Lagu ini sudah siap sepenuhnya tahun lalu. Cuma, baru bulan lepas kami siapkan MV. Lagu ini cukup bermakna bukan saja melodi tapi liriknya juga.

“Jika dihayati, penuh keinsafan dan boleh menitiskan air mata. Ini kerana, ia cukup dekat dengan kehidupan seharian kita.

“Pendek kata, apa yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sejauh mana kita merancang, sehebat mana kita merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Dalam apa jua keadaan berlapang dada dan berdamailah dengan takdir Allah dan reda.

“Kemunculan Neelofa pula bagi melengkapkan lagi kisah lagu ini yang mana dia bukan saja berlakon dalam MV tapi juga menyumbangkan suaranya dengan membacakan maksud sepotong ayat al-Quran,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAITHFUL (@faithfulmusicmy)

Selain Neelofa, MV itu turut menampilan Faizal berlakon bersama Haris sebagai bapa dan anak. Dipaparkan bagaimana hubungan kedua mereka renggang dan bergaduh hingga akhirnya berbaik semula.

“Lagu ini untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang pernah melalui pengalaman ini. Jadi, saya berharap lagu ini dapat diterima baik.

“Paling penting, saya mahu peminat dan pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini juga satu lagi bentuk dakwah daripada kami,” katanya.

Lagu terbitan Faithful Music itu sudah dilancarkan secara rasmi beberapa hari lalu sementara MV pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*