[VIDEO] Aksi Menyanyi Tergantung Bawa Tuah, Naim Daniel Terima Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’

Persembahan ‘outstanding’ Naim Daniel yang menyanyi secara tergantung menerusi lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Satu pengiktirafan yang berbeza

Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin ketika ditemui OhBulan! menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan terharu kerana persembahan tersebut telah diiktiraf oleh sebuah badan yang tinggi di Malaysia serta berjaya mencipta satu rekod baharu di dalam seni persembahan.

Tujuan utama saya adalah untuk menghasilkan sebuah persembahan yang akan diingati dan Alhamdulillah ia benar-benar menjadi sebuah persembahan yang diingati dan diiktiraf.

Naim yang ditemani ibu bapanya ketika menerima pengiktirafan tersebut berkata, ini adalah satu penanda aras yang baharu bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk persembahan-persembahan yang lain.

Persembahan sebegini kalau ada yang lakukan pada masa akan datang, orang akan kata Naim Daniel dah pernah buat.

Saya akan sentiasa datang dengan pelbagai idea ‘menyusahkan diri’, tapi saya juga bersedia dengan pelbagai persiapan, team serta konsep yang amat baik. Pada saya untuk menjadi seorang anak seni kita mestilah berani mencuba.

Inspirasi dari Sudirman

@ohbulanofficial

Tak sia-sia. Membuahkan hasil jugak persembahan Naim di AJL37. Tahniah 👍 #ohbulan #sembangentertainment #naimdaniel #terima #pengiktirafan #malaysiabookofrecords

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*