“Redha je dia kena tend4ng-tend4ng gitu” – Gelagat kucing terlampau baik tarik perhatian ramai

Haiwan peliharaan seperti kucing ialah satu kemestian kepada sesebuah keluarga. Kadang-kadang ramai yang suka memelihara kucing ini adalah kerana kucing merupakan haiwan yang peramah dan kebanyakan orang akan suka dengan kucing ni.

Manakan tidaknya kerana haiwan seperti kucing ini sangat terkenal dengan sifat manja dan memang sering membuat orang terasa tidak keseorangan dan boleh menjadi teman yang terbaik buat seseorang manusia.

Baru-baru ini satu video telah dimuatnaik di laman aplikasi Instagram reels yang memaparkan seekor kucing sedang ditendang manja oleh seorang bayi. Dengan muka yang tidak beremosi, kucing itu melayan sahaja setiap tendangan itu dengan penuh kesabaran.

Apa yang menarik perhatian adalah suara yang diletakkan dalam video itu seperti memahami apa yang dirasakan oleh kucing itu. Hendak berkasar dengan bayi yang masih kecil itu tetapi risau nanti akan berakhir di pasar, dibuang oleh penjaganya. Lawak betul sebijik apa yang difikir oleh kucing itu.


Ketika diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet seperti memahami dilema yang dihadapi oleh kucing itu dan ramai juga yang tergelak oleh reaksi yang ditonjolkan oleh kucing itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/kongsi.viral/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*