Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.
Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.
Sama seperti selebriti Nora Danish, dimana hari ini dia dan suami iaitu Nedim Nazri menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam tahun.
Menerusi laman sosial instagram, Nora menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Nedim sambil memuat naik video mereka sekeluarga tatapan umum.
“Yeppie Yanni Verr Seriiiii hubs! 6 years of marriage. Alhamdulillah.
“Terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” – tulis Nora di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat banyak tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.
Untuk rekod, Nora dan Jejai berkahwin pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.
Pasangan ini bagaimanapun berc3rai pada 10 Julai 2008.
Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram noradanish
Leave a Reply